Thursday 30 June 2016

Dilema raya MARRIED vs SINGLE

Assalamualaikum gaisss,

So, kita nak dekat dengan raya dah ni. Buat mereka yang dah kahwin, dah decide belum nak balik rumah siapa? Tahun ni turn siapa? Suami ke isteri?

Haaa, korang yang ada dilema tu, yang tak tahu nak balik rumah siapa, fnj ada cerita ni. Pasal balik raya ni lah dalam family fnj.

Dulu masa fnj and family masih duduk dekat Taman Kajang Utama, bila time raya je, biasanya parents fnj akan decide kampung mana nak balik. Macam yang fnj pernah cakap dalam post sebelum ni, mama orang Sabak Bernam dan bapak pula orang Negeri Sembilan. Tapi, selalunya pagi raya means first raya lah, kami sekeluarga akan raya diiiiiiii hmm di Kajang je 😂 Lepas tu baru balik N.Sembilan sehari dua. Lepas tu baru lah balik Sabak. Tapi sekarang ni, fnj dah pindah Sabak so, nak raya dekat N.Sembilan tu biasanya susah sikit sebab jauh.

Ok cukup untuk itu.

Pada yang bujang pulak, diorang takda dilema balik kampung belah siapa tapi diorang ada dilema kena soalan cepumas dari makcik² kakak² nenek². Rasanya korang dah tahu soalan apa kan 😏 hahaha soalan fiiiirsst sekali, bila nak kahwin? Adehhhh fnj yang muda ni pon kena jugak soalan tu tau.

So gaissss, bagi ja jawapan play safe. Macam fnj, fnj akan jawab "makcik jelah yang masuk minang saya untuk anak makcik" atau "tunggu ja saya bagi kad kahwin ya"

Gaisss banyak sangat dah ni fnj bebel. Adios see you next post.

Wednesday 22 June 2016

Seronoknya Belajar Mengenali Blog di Kolej Komuniti Sabak Bernam

Assalamualaikum gaissss!

So, entry kali ni fnj diberi tugasan oleh lecturer untuk bercerita kisah seronok ke tidak belajar kenal blog ni. Ok, fnj akan cerita serba sedikit pengalaman yang fnj study kat sini.
First of all, kursus ni fnj dapat tahu dari mama. Mama pernah join satu kelab ni untuk usahawan.
So, kebetulan fnj cuti sepanjang bulan puasa ni dan duduk rumah pun tak buat apa-apa. Mama suruh fnj join kursus ni. Nama program kursus harini ialah KURSUS IKEUNITA 2016 kerjasama antara JABATAN PEMBANGUNAN WANITA dengan AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BARAT LAUT SELANGOR.


Normal lah bila hadir kursus orang tanya best ke idok? Seronok ke idok?


Actually is not that best ever but still best when we put effort on it. Bila kita letak usaha atas apa yang kita buat, In Shaa Allah akan berjaya dan akan secara automatiknya akan seronok.
Untuk harini punya pelajaran, fnj belajar macam mana nak buat blog. Actually fnj pernah lah buat blog tapi tak pernah aktif pon. Belajar ni memang seronok. Lagi seronok sebab fnj join program ni dengan makcik-makcik, so kerenah diorang sangat mencuit hati. Fnj seronok juga dapat be one of the team and study about blog. Bukan senang nak manage blog ni, pening kepala juga lah dibuatnya sebab setting dia lain sikit. Seronok dapat timba pengalaman disini. Haaa, tu serba sedikit cerita fnj.


Adios, tunggu next entry ye gaisss? xoxo

Monday 20 June 2016

about FNJasmin

Assalamualaikum.


Hai semua. So, ni adalah first entry fnj. FNJ stand for? Ok, FNJ ni sebenarnya nama saya. FARAH NURJASMIN. So jadilah FNJ. 
Sedikit cerita pasal fnj, fnj sebenarnya seorang pelajar kursus Dip Pembantu Perubatan dari sebuah kolej swasta. Masih belajar dan akan tamat Insya Allah akhir tahun depan. Fnj anak kedua dari 6 orang adik beradik. Haaa, lagi satu nak cerita. Kawan-kawan fnj selalu tanya fnj org mana memandang fnj selalu tukar-tukar bahsa bila bercakap. Ok, fnj lahir KL, tapi bapak orang Rembau dan mama orang Sabak Bernam. Minat fnj more to mathematic and skills. Fnj punya results subjek matematik masa UPSR dan PMR ialah "A" dan masa SPM ialah "A+". Subjek lain tak perlu cerita lah ya? Yang lain tak gempak pun. Cerita pasal skill pula, fnj suka skill macam menukang (almaklumlah, darah keturunan tukang kayu mengalir dalam badan) dan kadang buat wiring yang simple pun boleh. hmmmmm gais, tadi kata sedikit, ni dah lebih pulak kan? Ok, tu je nak cerita. 

Mohon jangan serik baca entry fnj tau?

Next topik mungkin fnj akan cerita pasal projek terbaru. Apakah projeknya? Tungguuuuuu.

Adios, jumpa korang pada next entry.


  
Fnjasmin & Nurul Aiyunie